Sunday, May 20, 2012

terukir di bintang


Jika engkau minta intan permata 
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milik mu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun akan ku nati
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan 
Siapa dihatiku
Terukir dibintang
Tak mungkin hilang cinta ku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun akan ku nati
kan kamu

Sayangku jangan kau persoalan
Siapa dihatiku
Terukir dibintang
Tak mungkin hilang cinta ku  padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir dibintang
Tak nungkin hilang cinta ku padamu

Terukir dibintang
Tak mungkin hilang cinta ku padamu

Sunday, May 13, 2012

hari hari hari IBU..=)

SALAM

Ting ting ting ting tong tong tong tong

Semua orang tahu hari ni hari IBU,actually EVERYDAY IS MOTHER'S DAY KAN??Semalam bukak facebook bila tekan news feed mesti keluar status macam ni SELAMAT HARI JURURAWAT ,HAPPY NURSES DAY TO ALL NURSE.Rupa-rupanya ramai member-member aku nurse.eh?EH nak wish jugak la HAPPY NURSES DAY TO ALL NURSE copy sudah! *sarkastik gle*

Ehem ehem meh nak citer sikit pasal hari ibu ni.Semalam kakak aku balik rumah dengan kezen aku,pastu heboh-heboh je dia duk citer pasal nasi ayam penyet kat shah alam ayam dia besar.Pastu aku apa lagi tak nak kalah kan,cakap la "eh hri tu kte g make kat klcc sedak jugak,cawangan dia kat nilai pun ado" sekali nenek aku mencelah "esk kte ajak cuman p makan sane" 

So hari ni bangun pepagi buat nasi goreng sikit then buat cucur.susah rupanya nak buat cucur ni kan?kan lebih air dia keras kan kurang air dia keras jugak.eh?betul ke aku.Dah 2,3 kali aku buat tak pass geram betul last last tadi aku suh nenek bancuh hehe.Petang baru keluar makan ayam penyet tu.Aku naik kete mirah sebab dia nak terus balik shah alam,on the way nak g sane aku pun cakap kat dia."nti kte beli kek ko nenek pahni.buat surprise la kononya untuk hari ibu." 

+
+
+

pum pang pum pang semua sampai la kedai.Lepas ambik order kakak aku pun cakap "Eh kte nok g beli topup la.jom la."cececece alasan je tu padahal nak g beli kek jugak.=)

Pastu bila dah siap beli kek aku dari belakang nenek bawak kek cakap "SELAMAT HARI IBU NENEK" pastu nenek senyum senyum malu.hehe..

Jom la layan gambar,lately ni i'm prefer bagi pict rather than writing!! ahhhhh otak tak bape nak cerna nak mengarang..LAYANNNNNNN *di setiap gambar ade ceritanya..=)


okay pict ni kezen aku yang tolong snap kan.Kualiti gambar tak cantik.yela snap pict pn pakai fone je,bukan DSLR dah la fone pastu cap ayam plak tu. =.="


yang pakai baju merah tu pak cik aku yang bongsu,cuman.yang pakai baju putih tu kezen aku along.sebelah dia tu kakak aku bawah kakak aku tu aku.teheeee..semua mak mak tak de kat sini.mak aku kat kelantan mak along kat arab saudi.so kami cucu-cucu yang jaga nenek dan aku dah sah sah kena masak la...KAN?sebab kakak aku balik rumah bila weekend je sebab dia dah keje.hehe..boleh ke aku masak??boleh la see the leg la tonk..!! .HARHARHAR




my sist mirah dengan my mum.Last year punya pict mase p makan secret recipes.The most prettiest lady!love u mom.mwahhhhhhhhhh




Eh saya pun nak posing dengan ma jugak.Share-share ice cream gitu...=) yummm yummm .Ramai cakap muka aku sebijik macam ma.Yela dah anak dia =.="



okay ni tiga dara pingitan.mulut aku ahhhhhhh nasi penuh dalam mulut


SELAMAT HARI IBU NENEK.Semoga nenek sentiasa sihat dan terus sihat dan panjang umur and kembali ceria macam dulu.dan tabah hadapi ujian Maha Kuasa..kami semua sayang nenek...=)





 nenek tak leh makan banyak banyak kek sebab MANIS!
cake for today simple kan?tak pe janji ikhlas..=)
kanan my sist kiri my kezen dua-dua single.anyone interested hands up..HEWHEWHEW

HAPPY MOTHER'S DAY.

Hargai selagi mereka masih ada buat yang terbaik untuk mereka..

aku tido dulu.
kbai


Thursday, May 10, 2012

Final Year Student Trip .MeDIA.

ring ding dong ring ding dong ring ding dong

Dari entry yang lepas-lepas lagi aku duk sebut-sebut pasal trip ni kan.Heboh je aku  ni kan.!!.Actually trip ni untuk budak semester akhir MeDIA. (Member of Diploma in Accountancy).Semester lepas aku dah join trip under MeDIA ni.Tapi yang tu junior yang handle.So untuk trip kali ni aku diamanahkan  untuk handle semua start dari awal sampai laaa ke penghujung. Dan secara tidak langsung aku dilantik menjadi penolong ketua projek dan 2,3,4 orang ajk lain.

Wa cakap lu STRESS gila handle benda alah ni sebab lecturer bagitau last minute suruh buat kertas keja.Mungkin sebab hantar proposal lambat dan lambat la HEA nak approved..Dah la time tu minggu terakhir study and aku kena settle semua benda mase study week.GILA kau STRESS nak mampus orang lain duk kalut buat revision mase study week tapi aku dengan ajk-ajk lain duk kalut buat kertas keja,buat appointment dengan jabatan-jabatan yang nak pegi.
Dah la sem tu aku study pun tunggang terbalik. QUIZ campak sana TEST campak sini,FINAL YEAR PROJECT banyak nak kena present. TUTORIAL tak sentuh,NOTA tak payah cakap la.apatah lagi REVISION yang sangat istiqamah memang tak la kannnn... =(

Ada la jugak sampai 1 tahap tu aku dah macam give up nak buat sebab leceh renyeh renyuk gila nak fax surat kat semua tempat-tempat tu.Kalau sekali fax tak pe la.ni tak semua stok suruh aku fax sampai 4,5 kali.AHHHHHHHHHHH. sebab nya "kami tak terima surat dari sana" "cuba hantar sekali lagi kami belum dapat lagi" Kalau nak fax tu senang aku tak kisah,ini tak dah la kena masuk bilik timbalan rektor untuk fax surat tu.PA timbalan rektor lak dah sarat giler mengandung ALAHAI kesian dia sebab nak kena ngadap aku hari-hari masuk fax surat dan KESIAN aku dengan fairus selalu je tahan muka buat muka tebal dan kadang-kadang tu ade la jugak PA dia tarik muka.SABOR jela.

Alhamdulillah trip ni berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancang. =) =) =)

So jom layan cerita trip aku. *di setiap gambar ada ceritanya* =)

DAY 1


I-CITY,SHAH ALAM.
 melantak dulu ape-ape hal.Semua kedai makan kat situ mahal nak mampus.so semua masuk bantai KFC je.Aku suka gila mencelah kalau fairus nak bergambar.hewhewhew. =P
peace yawwwwwwww..best turun benda alah ni..Habis bontot basah sebab ais semua tu,pastu dah landing kat bawah ais semua masuk kasut terus aku tak leh nak bangun rase macam nak merangkak pun ade time.sejuk gile gile gile okay!boleh beku,member aku 2,3 orang cramp kaki akibat kesejukkan.Ini baru macam gini kalau p oversea betul sah sah tak lepas.hehe.
Sebelah kiri NANI,dia seorang yang sangat pendiam and mase study week baru-baru ni dia datang kat aku dia cakap "sy suka kawan dengan awk dayah,even awak cakap kadang-kadang mulut lepas tapi sy tak terasa sebab awk memang macam tu and awak pndai ambik hati balik.." ehemhehem muka bangga.haha.=P.okay.Budak hensem sebelah aku ni nama dia RYZA.Taip-tiap sem dia dilantik jadi class rap,dia tak nak tapi semua orang sokong dia.agak-agak muka boleh percaya kot tu yang semua bantai dia jadi class rap.Mase trip aku baru kenal dia dengan rapat.Pak Cik nice to know u laarhh...=)

 dari kiri DENA.Dena ni aku suka kawan dengan dia sebab dia sangat teliti orang nya kadang-kadang terlebih teliti sampai buat aku rimas.hehe..tapi aku sayang dia dia baik giler!! sebelah aku yang free hair HASLINA.Dia ni pun budak baik jugak jarang nak dengar suara dia,best student ni.sape tak nak kawan dengan best student tonk.!!Yang pakai baju purple tu FAIRUS.dia classmate aku merangkap roomates aku jugak.Nak citer pasal dia ke??tak payah la hehe.citer dia dah pernah ade dalam entry2 sebelum ni.syg lu mak cikkk!
 Dalam snow walk icity ni dia ade officially photographer dia,so setiap tempat kita pergi diorang mesti ade.Aku yang bangsa agak sakai rase bangga giler ble setiap tempat aku g dia datang ambk gambar.haha Padahal gambar semua orang dia ambik.PERASAN!
sejuk okay kalau duduk duduk ni sebab semua ais.Muka fairus bajet rilex.Ni kalau datang dengan pakwe ni best ni boleh main peluk peluk.EH.hahahaha..=p 
suasana kat i-city.lampu-lampu baru nak nyala
yeahhhhh muka bangga bajet dapat menakluki gunung.HEH


DAY 2

AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA

morning!!! pink lady i loikeeeee...teheeeeeeeee
nampak sangat tak focus.hehe.tak pun tengah rest kot.lupa
layanan diorang sangat baik,makan pun sodappppp hehehe
Petang keluar p jejalan kat KLCC jalan kaki je sebab dekat giler
tenyummmmmmmm.....=)

DAY 3

JABATAN AKAUNTAN NEGARA AND JABATAN AUDIT NEGARA


  Jabatan Akuantan Negara.Orang yang bagi talk tu cakap dia macam pernah jumpa aku dengan fairus.Memang la puan kitaorg dah datang tahun lepas..=)


 sesi tunggu bas datang angkut.Aku tengah on call dengan nenek time tu tnye dia sihat ke tak,sebab mase aku tinggalkan dia kat IJN dia baru je keluar dari bilik bedah.
 Akauntan berjaya.INSYAALLAH...=)


DAY 4

MELAKA,ZOO MELAKA,BANDAR HILIR

 binatang dalam zoo semua dah tua.Dah la macam tak jaga mungkin semua dah pindah p zoo negara kot dah la masuk RM8 huishhhhhh.Bila masuk sini aku jumpa ramai budak sekolah rendah dengan tadika.eh rase macam tak sesuai pulak mase sini dah tua-tua camgini.hehe
 elo pak belang.cantekkkk je landing dalam kolam tu kan?mesti sebab kau panas kan?
 see dah terbukti aku cakap natang-natang dalam zoo ni semua dah tua bangka.tengok bulu-bulu dia.ALAHAI kesian,kasi rebonding lu bhai.Dah la kurus
 ni lagi sekor.Garu-garu kepala pulak dia
 natang kat belakang tu tak salah aku lembu tapi tak tau dari bangsa mana.Dia punya tanduk buat aku geli

Bandar Hilir.Naik boring dah aku asyik pegi tempat yang same je kat melaka ni sebab ni kampung aku hehe.Tapi sebab member layan je la derrrr..=)
 cuaca kat sana panas giler giler giler.see kau tengok aku bawak ape kat tangan tu.,kipas kottttt.berpusing lagi tu, hehe..=p
 nak senyum macam dia senyum.nak nampak gigi,..,hukhukhuk,=(

DAY 5

AROUND KL,PAVILLOIN AND BERJAYA TIMES SQUARE
 tengah tunggu member p cek tiket The Avengers ade ke tak.gambar lu sepukul apo-apo hal...=)
 12 person all of together....

LAST DAY
 the boys.Im gonna miss all of you.PYAN,ALI,GABAN,MARCEL AND LAMI
 The girls.LEEN,INDAH,ATUL,ZALIA,AND YANA.
AC110 July's batch 09 are the bestttt..im gonna miss all of you guys..

THANKS A LOT TO ALL MY FRIENDS THAT GIVE US (AJK) SUPPORT AND COOPERATION TO MAKE OUR TRIP THIS TIME IS AWESOME AND ENJOYABLE. I HOPE NEXT TIME WE WILL DO IT AGAIN.SABAH OR LANGKAWI MAY BE...WAIT AND SEE....=) LOVEYOUALL MWAHHHHHHH

FAIN,LAMI,MARCEL,PYN,ZARAN,NORA,AIMI,GABAN,ALI,WAN,RYZA,AISYAH,TRACY,ATTYK,BAI,ZALIA,YANA,LEEN, INDAH,ATUL,HAZ,DENA,NANI,FAIRUS,SYAZWAN,IDA,HASLINA,JOJO.AND ME....=)


Wednesday, May 9, 2012

officially END =)

hip hip hoorryyyyyyyyy hip hip hoorryyyyyyyyyyy....

Last last last week *eh macam dah lame giler pulak 27hb baru kot* result final exam untuk semua budak diploma UiTM keluar kot,if tak salah aku la.So mase tu aku and the geng budak-budak MEDIA tengah syok makan angin bercuti.Malam sebelum result keluar tu aku tido awal sebab kepenatan seharian kat Jabatan Audit Negara dengan Jabatan Akauntan Negara and area Putrajaya, then malam keluar makan kat KLCC,godek-godek ambik gambar balik bilik guling-guling jap layan LAWAK KER DER untuk yang kali keberapa aku pun tak tahu.Susah kalau tak reti jemu ni.Hewhewhew.

Kalau ikut sejarah-sejarah sebelum ni,uitm akan hantar result through email, canggih la tu??tak punnnn. so cun je pukul 12 semua dah boleh cek email nak tengok result.Tapi aku lain jadinya,tengah-tengah layan lawak ke der aku terus belayar..Kebetulan semua budak-budak bilik aku tido awal malam tu juz budak-budak bilik sebelah je bising-bising nak cek result.

Around 1am lebih,sayu-sayu aku dengar orang cakap "oi kitak orang,result dah keluar" dan dan aku sakit perut nak berak time tu jugak sebab neves tahap gila baban.Tapi aku tak nak cek dulu ingat nak cek lepas habis trip ni,Tiba-tiba fairus dengan dena bangun bukak laptop nak cek result.tapi aku still lagi bajet rilex padahal dah mengigil giler badan nak bercakap pun terketar-ketar.Pastu kejap aku dengar fairus cakap Alhamdulillah dena cakap congrats.Selang 2,3 minit dena pulak cakap Alhamdulillah.AHHHHHHHHH tak leh jadi nie kena bangun cek jugak kalau macam ni.hehe.Aku pun terus loncat dari katil p kat diorang.

Aku : "eh,eh korang dah cek ke?sy nak cek jgk la" *bajet tak dengar diorang sembang tadi.hekhekhek.*

Dena : "eh,sik tdo gik awk tek?" 

Aku : "dah tdo,pastu dengar indah cakap result dah keluar pastu dengar korang sembang nak terberak dah aku"

Fairus : "cek la.meh sini"


duppp....dappp..dupp...dapppp...

Alhamdulillah

NOW IM OFFICIALLY END MY DIPLOMA IN ACCOUNTANCY 


Baru aku dapat tido lena dengan hati yang senang.hehe.Aku terus sambung tido balik sebab esok tu kena bangun awal nak pegi jenjalan kat melaka.balik-balik kampung aku jugak diorang ni nak p.haiyaaa..

Habis la segala penat lelah aku selama 3 tahun kat tempat orang,so sepanjang aku belajar kat sana nak kata result tu excellent giler tak la.nak kata kurang bijak pun tak jugak sedang-sedang orang cakap.but aku habis dengan cgpa 3 and above la but below 3.5 la.hehe..pandai-pandai la kira.

kejap lagi boleh pakai macam ni.





And congrats to all my friends.See u guys on our graduation day...=)

Friday, May 4, 2012

sawang-menyawang


Salam

ahhhh lama gila aku tak update blog akibat sibuk gila gila gila.but now ak dah bebas dari di buli di buli di buli..hahahah..btw lawak ker der yg ni memang boleh buat aku gelak guling-guling.

So today nak kemas bilik aku sikit,agak-agak berapa lame boleh tahan tahap istiqamah aku nak update blog sekerap yang mungkin,grrrrrrr ah peduli ape aku blog aku.

Aku baru sampai rumah aku 2 hari lepas setelah berumah di kl agak-agak 2 minggu, seminggu jaga nenek aku another 1 week aku handle trip classmate aku pergi melaka dengan kl.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..=) .1st time handle benda-benda macam ni baru aku tahu susah senang nak buat kerja dengan orang.tp aku kira untung la at least aku ade pengalaman handle trip.

Malam ni aku turun kl lagi nak continue jaga nenek aku,dia dah stabil but still tak dapat buat keje-keje berat seperti memasak.Agak-agak aku nak p jaga dia nak kena masak kot.hehe..dapat ke??mesti nenek aku kena supervise aku dari belakang.heeeeee..

Nenek baru selesai buat operation last week,so before dia operate dia kena admit masuk wad dulu,aku la jadi nurse peribadi kejap kat IJN.Dua malam aku kat IJN jaga nenek.Best owhh tido sana..rasa macam tido kat hotel ngeh..ngeh..ngeh..satu bilik sorang patient bilik besar kerusi rehat banyak katil untuk si penjaga pun ada.hehe. xD.Pastu nurse pun baik je.baik gila gila gila kot.so no wonder la suma orang jatuh hati ngan nurse..ahhhh LOSER!!

Tapi naik rimas jugak aku kalau setiap mase ade je nurse datang jengok,sikit-sikit "mak cik saya datang nak cek tekanan darah ye." tu tak dikira dengan mak cik mak cik cleaner lagi,kejap kejap masuk basuh jamban kejap kejap masuk kutip sampah..HEHE dah keje dia dayah kau nii!!! pastu orang datang hantar makanan lagi setiap mase pagi petang malam mesti ada.Pastu pagi-pagi buta pukul 5.30pagi pn dah ade orang masuk.eh aku kutuk diorang eh??HEHEHE tak la..cakap je.tapi pada aku layanan diorang sangat  sangat baik.TQ IJN..=)

nie pict depan bilik bedah.Nenek aku masuk dalam tu pukul 10 pagi then pukul 3 petang baru keluar.Orang yang depan pintu tu sedara mara yang tak de kaitan dengan nenek aku.diorang pun semua tengah tunggu sanak saudara jugak.
ni nenek tengah tido malam.the day before operation.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar bulan 6 nanti ade lagi next operation.
yang duduk atas katil tu bukan patient,tu mak cik aku
aku tido kat sini.wardrobe merangkap katil


okay la aku nak chow lu nak packing barang masuk beg.eh masuk beg ke,bukan barang dalam beg yang baru balik 2,3 hari lepas tak kemas lagi.HAHA,okay nak campak sikit lagi barang yg nak bawak

kbai.